Searching...
Saturday, April 18, 2015
6:02 PM 0

(4 FOTO) Perubahan pelik bentuk hidung dan wajah Kilafairy, artis mangsa meracik Wak Doyok


AMBOI.. pelakon dan penyanyi seksi Malaysia, Kilafairy kini dikhabarkan ‘taksub’ dengan tubuh badan sendiri, betul ke?

Desas-desus mengatakan Kila sekarang suka memuatnaik gambar-gambar yang melentik-lentik.. terutamanya bahagian pinggul.

Mana tidaknya, gosip baru-baru ini pun berpunca daripada gambarnya menayang pinggul menawan dan mantap itu sehinggakan ikon fesyen, Wak Doyok mengeluarkan ayat ‘merecik.’

Kalau dah semua gambar di laman Instagram nak menonggek bukan Wak Doyok je ‘merecik,’ semua lelaki yang tengok pun boleh merecik!

Apa pun jika diteliti di laman sosial Kila itu, memang banyak gambar-gambar yang menggoda dan menawan, sampai ada yang kata Kilafairy ni sebenarnya ‘obses’ dengan bodycantik dia.

Tapi nak kata apa kan…memang wajah dan bentuk badan dia cantik… itu tak boleh nak nafi.

Sumber : Mynewshub & forum cari





8:47 AM 0

11 Fakta mengejutkan mengenai Datuk Siti Nurhaliza, penyanyi tersohor negara


Pada 1 April lalu, genaplah 20 tahun pembabitan penyanyi tersohor negara, Dato` Siti Nurhaliza bergelar penghibur.

Jatuh bangun dan segala pancaroba dunia seni tanah air telah pun dilalui dengan tabah oleh anak jati Pahang ini.

Sehingga kini, pengaruh Siti Nurhaliza masih lagi kuat dikalangan peminatnya di serata Malaysia.

Dari muda sehinggalah yang tua, tak kira apa bangsa sekalipun, nama Siti diakui sebagai antara penghibur terhebat pernah dilahirkan negara.

Apa kata kita imbas kembali sedikit fakta tentang isteri kepada Datuk K ini.

1. Dilahirkan di Kampung Awah, Temerloh dan kemudiannya dibesarkan di Kuala Lipis.

2. Mewarisi darah seni keluarganya, khususnya di sebelah ibunya, Siti Salmah Bachik. Datuknya merupakan seorang pemain biola yang sering memainkan lagu-lagu tradisional.

3. Sangat aktif dalam sukan ketika di zaman sekolah, antaranya bola jaring dan hoki.

4. Diberitakan pernah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di sebuah IPTA selepas SPM, namun memilih untuk memberi tumpuan pada kerjaya seni yang baharu bermula ketika itu.

5. Sangat menggemari warna hijau.

6. Jika tidak bergelar penyanyi, Siti mungkin menjadi anggota polis atau guru.

7. Antara anugerah antarabangsa yang dimenangi Siti ialah Vokal Terbaik (South Pacific International Song Contest - Australia), Anugerah Emas (Asian Music Festival - China) dan Grand Prix (Voice of Asia Festival - Kazakhstan)

8. Walaupun sudah lebih 6 tahun menarik diri dari Anugerah Juara Lagu, namun sehingga kini Siti masih memegang rekod penyanyi paling banyak memenangi anugerah berprestij berkenaan.

9. Abang Siti, Saiful Bahri atau Ayie pernah melahirkan dua album sebelum menarik diri dari bidang nyanyian untuk menguruskan kerjaya adiknya.

10. Vokal Siti diiktiraf antara yang terbaik pernah wujud di Malaysia, dengan 12 kali kemenangan dalam kategori Persembahan Vokal Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM), 8 kali daripadanya dimenanginya berturut-turut.

11. Sudah memiliki 16 buah album studio dan 6 album rakaman konsert live.

Sumber : Murai Batu

Thursday, March 19, 2015
5:05 PM 0

Akhirnya jumlah pendapatan Aaisyah Dhia Rana, anak Rozita Che Wan didedahkan


Sebaik sahaja dilahirkan, populariti Aaisyah mencanak naik apabila gambar comelnya dimuat naik di akaun Instagram Rozita dan Zain. Menyedari populariti luar biasa yang diterima Aaisyah, Rozita atau mesra disapa Che Ta tidak menganggap itu satu bebanan yang berat.

“Saya tidak kisah dengan perhatian yang diberikan orang ramai kepada anak saya kerana bagi saya itu perkara yang normal. Ibu bapanya seorang selebriti, jadi bukan satu perkara yang pelik apabila Aaisyah juga turut popular,” katanya dipetik Kosmo!

Akui Che Ta, meskipun anaknya belum berusia sebulan, namun, bayi comel itu sudah menerima banyak tawaran sesi fotografi majalah dan iklan. Bukan itu sahaja, pendapatan yang diraih anaknya juga melebihi pendapatannya. Dalam pada itu, wujud kebimbangan di hati Che Ta apabila anaknya menerima pujian yang melambung daripada orang sekeliling.

“Sejujurnya, saya tidak kisah untuk anak saya turut melibatkan diri dalam bidang seni pada usia muda kerana Zain juga pernah berlakon iklan ketika kanak-kanak. Sekarang, pendapatan Aaisyah lebih banyak daripada saya. Saya bukan menggunakan anak untuk dapatkan wang. Cara itu salah kerana sudah dikira mengeksploitasi anak. Sebaliknya, saya meneliti setiap tawaran terlebih dahulu. Jika sesuai barulah saya terima dan wang itu terus disimpan dalam akaun Aaisyah. Lebih baik dia ada simpanan pada usia yang muda untuk kegunaan pada masa hadapan.

“Siapa tidak suka orang puji anak sendiri tetapi dalam hati saya wujud perasaan bimbang. Ini kerana tiada manusia yang sempurna. Apabila orang memberi komen di Instagram yang anak saya cantik dan sempurna, saya jadi bimbang. Kalau boleh memadai cakap comel sahaja. Saya juga tidak mahu anak saya dibandingkan dengan anak orang lain kerana setiap bayi mempunyai keistimewaan tersendiri,” luah Che Ta yang akan mula bekerja pada awal Januari tahun hadapan.

Selain daripada anak Che Ta dan Zain Saidin, ada juga beberapa lagi anak selebriti yang meraih populariti mengalahkan ibu atau bapa mereka sendiri. Antaranya adalah Lara Alana (Scha Al-Yahya & Awal Ashaari), Julia Claire (Betty Banafe), Arrianshah Akid (Tomok) dan Noah Ismail Wong (Yasmin Hani & Sha’arin Razali).

Monday, February 16, 2015
7:04 AM 0

Akhirnya Azwan Ali dedah wajah sebenar artis popular hantar sihir ke atasnya?


Biar betul ni... Diva terkenal, Azwan Ali akhirnya mengambil keputusan untuk mendedahkan wajah sebenar artis popular hantar sihir ke atasnya menerusi laman Instagram?

Selepas melihat wajah artis popular itu, kami amat terkejut dan tidak sama sekali menyangka dia orangnya. Betul ker dialah artis yang hantar sihir tu? Macam susah sangat kami nak percaya.

Korang pula? Lihat kat SINI gambar wajah sebenar artis popular tersebut.

6:41 AM 0

3 Gambar terakhir Eizlan Yusof & Vie Santie bersama anak-anak sebelum bercerai talak satu


Aduh... sedih pula hati kami apabila satu lagi artis terkenal, Datuk Eizlan Yusof mengambil keputusan bercerai dengan isterinya, Vie Santie Harun talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor hari ini.

Punca perpisahan mereka tidak diketahui setakat ini kerana kedua belah pihak masih belum membuka mulut. Mungkin penceraian sahaja penyelesaian terbaik mereka, betul tak?

Apapun, ramai sedia maklum anak-anaklah yang jadi mangsa keadaan.

Mari saksikan kat SINI tiga keping gambar terakhir Eizlan Yusof dan Vie Santie berseronok dengan anak-anak sebelum bercerai hari ini.

2:13 AM 0

6 Gambar terkini fesyen mengghairahkan Syatilla Melvin


Pergh... memang seksi penampilan Syatilla Melvin ketika bersama-sama dengan rakan-rakan. Aktres jelita itu hanya memakai gaun nipis berwarna hitam yang kelihatan cukup mengghairahkan.

Terpukau kami seketika dengan posing seksinya dengan gaun tersebut. Korang? Lihat 6 keping gambar kat SINI yang pasti membuat korang terkedu hati.

Sunday, February 15, 2015
10:45 PM 0

Lagi gambar kereta mewah Shila Amzah bikin terbeliak mata


Wow... memang terbaik Shila Amzah sekarang kerana dengan kejayaannya ketika ini, beliau sudah memiliki kereta jenis BMW X6 yang amat mewah.

Nah... kat SINI kami kongsikan lagi beberapa keping gambar kereta mewah Shila Amzah yang pasti membuat korang terbeliak mata.